Pages

Tuesday, December 13, 2011

VCO - VIrgin Coconut Oil


Apa itu VCO? VCO adalah virgin coconut oil atau minyak kelapa dara dalam bentuk soft gel .Kelebihan VCO atau minyak kelapa dara keluaran Catalyst ialah ianya menggunakan 100% bahan semulajadi yang sangat bagus diambil sebagai supplement tambahan untuk terutamanya untuk kulit.Ianya dapat mengurangkan masalah jerawat, kulit kering, tona... kulit tak sekata,strechmark bagi wanita hamil.

Kajian ke atas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak awal tahun 1930 an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan ke atas penduduk di Kepualauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar-pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif ke atas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Jadi apakah sebenarnya minyak kelapa dara? Minyak kelapa dara adalah minyak yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamnnya dapat dikekalkan seasli aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya.

Fungsi&Khasiat VIRGIN COCONUT OIL(VCO) keluaran Catalyst :

Untuk kegunaan luaran :
1 . Dapat membantu mengurangkan berat badan .
2 . Menghasilkan tenaga segera&sentiasa segar
3 . Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit
4. Sangat bagus untuk masalah jerawat&jeragat serta parut2 lama
5. Mengatasi masalah kulit berminyak

Untuk kegunaan dalaman :
1 . Mencegah risiko penyakit jantung&kadar kolestrol yg tinggi
2 . Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin dan asid amino
3 . Melegakan pernafasan
4 . Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil
5 . Mengurangkan keadaan mudah lapar
6. Melancarkan kitaran haid& menyeimbangkan hormon
7. Sebagai agen pelincir dalam hubungan suami-isteriVirgin Coconut Oil (VCO) tp ia lebih dikenali sebagaii minyak kelapa dara

MINYAK KELAPA DARA telah diperkenalkan dalam bentuk softgel kapsul yg mana mudah utk kita telan, mudah utk disapukan.

Definasi VCO - Minyak kelapa dara bermaksud, minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat di dalam buah kelapa tersebut.

Kegunaannya - ianya amat berguna untuk kesihatan manusia sama ada bayi, kanak-kanak, dewasa, warga tua lelaki atau wanita, Sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh dijadikan minyak rambut atau boleh digunakan semasa bersama hubungan suami isteri krn ianya bertindak sbg pelincir.


Pengambilan VCO bagi wanita yang hamil

Selain bagus untuk kulit.kesihatan dalaman dan luaran. VCO atau minyak kelapa dara juga bagus untuk mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki/wanita terutamanya yang telah berkahwin. Ada effect ke VCO ni? Jangan risau, Vco tiada side effect sbb dia  bukan ubat. it's simply a great supplement. Setaka...t ni based on testimoni2 pengamal VCO, ada 3 orang dah bjaya hamil.

Alhamdulillah..rezeki itu semuanya datang daripada Allah, tetapi kita jugak kene berusaha untuk mendapatkan sesuatu perkara yang baek. Pengambilan VCO atau virgin coconut oil/minyak kelapa dara keluaran CATALYST semasa kehamilan adalah sangat bagus dan insyallah tidak mendatangkan sebarang kemudaratan dan kesan sampingan kerana produk kami adalah 100% asli tanpa sebarang bahan pengawet atau pewarna tiruan. CATALYST juga adalah syarikat bumiputera dan produk-produknya mendapat pengiktirafan sijil HALAL.

Pengambilan vco bagi pasangan suami isteri yang mengalami masalah kesuburan dan sedang merancang untuk mendapatkan zuriat juga sangat-sangat digalakkan kerana vco juga berfungsi sebagai agen pelincir.

Persoalan-persoalan yang sering ditanya mengenai VCO

Lelaki boleh makan jugak ke?
Ya! Lelaki pun memang boleh makan. Lelaki dan Perempuan memang digalalakkan makan VCO ni sebagai suppliment.

Harga berapa dan dalam satu botol ada berapa soft gel? Boleh tahan berapa lama satu botol VCO ni?
Harga VCO sebotol ialah RM 39.90 bagi Semenanjung Malaysia dan RM43.90 bagi Sabah dan Sarawak.
Dalam satu botol ada 60 kapsul soft gel dan boleh tahan selama satu bulan.

VCO ini sesuai dengan semua peringkat umur ke?
Sudah tentu, semua peringkat umur digalakkan untuk makan VCO ini. Daripada golongan muda sehinggalah golongan tua.

Bagaimana cara pengambilan/pemakanan VCO ni ?
Boleh digunakan dengan 2 cara. 2 in 1 iaitu makan atau sapu di muka.
- 2 kali (2 biji kapsul setiap hari) boleh dimakan sebelum/selepas makan.
- Juga boleh diambil 2 biji kapsul sekaligus
- Seelok2nya ambil bersama air suam/air kosong
-Lagi satu, boleh disapu kat muka. Lubangkan sikit guna jarum dekat softgel dan apply dekat seluruh muka. Boleh dilakukan sebelum tidur malam samada hendak biar sampai esok hari atau pkai selama 15 minit pun sudah memadai, biarkan minyak tu serap dekat kulit muka kita.
- Jangan skip pengambilan VCO ni untuk menampakkan kesan. Amalkan selalu.

Tak bertambah berminyak ke bila sapu soft gel nih dekat muka?
Tidak. Ianya oily bila sapu dekat muka. lepas dah serap, boleh terus cuci dan dapat rasakan kelembutan kulit kita.

Kalau dah memang sedia ada kurus, bila makan VCO nih, akan bertambah kurus lagi ke?
Tak , cuma yang untuk metabolisme rendah saja akan naik tahap metabolisme dia.

Berapa lama boleh nampak kesannya selepas makan VCO ni?
Jika anda konsisten mengambil kapsul ini, insyallah, kesannya akan diperoleh dalam masa yang singkat tetapi ia juga bergantung kepada sistem/hormon individu tersebut. Kesan-kesan sampingan juga adalah berlainan bagi setiap individu mengikut masalah yang dihadapi. Bergantung pada setiap individu.

Halal ke VCO ni?
VCO from Catalyst Brand ni berasal daripada company Catalyst Nutraceutical (M) Sdn.Bhd di Malaysia & it based from nature. 100% bumiputera dan tak perlu ragu-ragu

Jika berminat sila tinggalkan komen anda..TQ..

Thursday, December 8, 2011

SerVis 'My CipUt'

wah2...nampaknya my ciput dah nazak..kena g servis..hehheeheh..baru2 nie g servis 'my car'..kat batu maung Penang..my fwen yang gtau kat c2 ok..so..pegi la..lama gak dia servis..ambik masa lbh kurang 2jam...dia cek minyak hitam, minyak auto, plug..n cuci my enjin..sbb trok sgt...heheheh..besa la...pompuan kan..nk tau x kena bape???tadaaaaaaaaaaaaaaaa.....


RM 217.00....lari badget saya..adehhh...badget lbh kurang RM150.00 je...tengok2 bill sampai RM200.00...garu kepala juga la...heheh..tp xpe...puas hati sgt2..sbb 1st time servis keta, mekanik cuci my enjin btl2...tq to my fwen coz sudi gtau tmptnye...so, sekarag keta saya sihat..hehhe..makin laju memecut di jalanan...

Wednesday, November 30, 2011

Sahabat Di Dunia

Salam untuk semua sahabat2 ku...semoga anda semua berada dlm keadaan yg sihat n dilindungi oleh Allah S.W.T....

‎" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan.

Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. "

– Khalifah Umar bin Abdul Aziz
(cucu Saidina Umar Al-Khattab r.a. - sahabat Nabi s.a.w.)

       Ingin aku mencari sahabat yang sentiasa disisi aku..ambik berat tentang aku. Rasa mudah nk luah segala isi hati ku...seorang sahabat yang ada di depan mata..yang boleh gelak bersama..Tetapi..semua 2 tidak mugkin aku dapat..Aku akan cari seorang sahabat yang sudi dengar, sudi kongsi, sudi beri nasihat ke arah kebaikan.. Insyallah...sahabat yang baek i2 ada tetapi bukan kebanyakkan..

      Harap seorang sahabat dapat menerima kekurangan diriku ini Y_Y ...setiap manusia tidak sempurna tetapi ketidaksempurnaan seorang itu bukan untuk dilayan seperti tiada perasaan dan tiada maruah..Harap Allah S.W.T sentiasa melindungi dan sentiasa merahmati aku..Biarlah orang tidak suka didunia..Akhirat kelak kita rasa Kenikmatan yang kita cari..Insyallah.

     Terima kasih kepada sahabat yang sudi berkongsi di jauhan .walaupon korang sume jauh dimata aku..aku sentiasa akan mendoakan kebaikan korang..Walaupon jauh,korang sentiasa ambik berat..betul cakap korang mungkin aku sunyi. Tiada sahabat yang dekat untuk dikongsi. Aku akan cuba tabahkan ati n sabar menerima dugaan di Hati ini. Segala yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Wednesday, November 2, 2011

Sedih Bukan Penyelesaiannya...


Dunia ini penuh dengan cabaran dan pancaroba. Walau sepahit mana sekalipun, hidup perlu di teruskan selagi hayat di kandung badan.

Jika hari ini kita susah, usah merungut kerana ada yang kehidupannya kurang bernasib baik dari kita. Jangan kita memandang orang yang berada di atas, kelak kita sendiri yang akan binasa kerana terlalu menginginkan hidup yang mewah.

Tetapi pandang orang yang berada di bawah kita dengan penuh hikmah kerana ia akan menjadikan kita lebih bersyukur kerana kehidupan kita lebih baik dari orang lain.

Allah S.W.T berkuasa ke atas hamba-hambanya. Allah S.W.T maha bijaksana dalam mengatur yang terbaik untuk hamba-hambanya. Kita sebagai manusia jangan mudah berputus asa dalam memohon keampunan dan pertolongan dari-Nya.

Anggap musibah yang melanda sebagai ujian kerana Allah sedang menguji keimanan dan ketaqwaan hamba-hambanya.

Allah S.W.T berfirman :
"Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar". (Al- Baqarah : 155)

Hadapi musibah itu dengan hati yang tenang dan redha. Jangan kita mudah berputus asa dan bersedih setiap hari mengenangkan nasib. Musibah yang menimpa kita itu akan menjadikan kita kuat dan matang. Ujian yang Allah berikan juga akan mendidik kita untuk mendekatkan Diri kepada yang maha esa.

Mungkin salami ini kita lalai dalam mengingatinya. Dengan ujian yang melanda, akan membuatkan kita dekat kepada-Nya dengan berdoa dan kembali kepada jalan yang diredhai.
Berdoalah kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang mukmin.

Firman Allah S.W.T :
"Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya aku perkenankan doa kamu". (Al- Mukmin : 60)

Jangan terlalu bersedih atas musibah yang melanda kerana apabila Allah menguji hambanya, itu bermakna Allah sayang kepada hambanya. Kuatkan hati dan bangkit bangun dari kesedihan kerana dengan bersedih tidak dapat menyelasaikan masalah. Katakan lah pada diri "masih ada hari esok untuk aku".

Jadi, bangkit lah untuk menjadi lebih kuat dan terus kan hidup ini dengan membuat sesuatu yang terbaik.

Walau apa pun ujian yang melanda, ingatlah bahawa Allah S.W.T sentiasa bersama kita selagi kita ingat kepada-Nya. Kita tidak pernah keseorangan dalam kehidupan ini kerana Allah itu dekat dengan kita. Dekatkan lah diri kita kepada Allah dengan mendirikian solat dan berzikir. Cari teman untuk berkongsi masalah.

Ikhlaskan hati dan redha dalam menghadapi musibah itu akan menjadikan kita tenang. Renungkan kembali, mungkin musibah yang melanda adalah kifarah dosa kita yang lalu. TEKAD UNTUK TIDAK MENGULANGINYA.

Bersabar dalam menghadapi musibah, itu adalah yang terbaik. Jangan terburu-buru membuat sesuatu yang boleh memudaratkan diri sendiri. Isi masa yang terluang dengan perkara yang berfaedah seperti bersukan, membaca buku-buku motivasi, solat sunat dan bertadarus. Semua ini akan membuatkan kita lupa pada masalah yang sedang kita hadapi.

Jangan berputus asa dalam memohon rahmat dan keampunan Allah S.W.T. Jangan biarkan hidup hancur akibat tidak sabar, Keluarga akan hancur akibat emosi yang berpanjangan dan pekerjaan menjadi kacau akibat tidak pandai mengatur.

Mengapa Kita Tak Kaya - Kaya?


Artikel kali ini mungkin kata-kata yang biasa kita dengar dalam kehidupan seharian kita. Namun suka untuk saya kongsikan juga sebagai peringatan. Manusia itu kan mudah lupa, jadi harus diingatkan selalu. Mungkin sesetengah orang akan bertanya pada Allah "kenapa aku masih hidup miskin sedangkan aku bekerja kuat dan tak putus-putus berdoa".

Kenapa agaknya?

Kalau soalan "kenapa" tentu hanya Allah yang boleh menjawabnya. Tapi soalan saya "kenapa agaknya".

Dari segi logik akal kenapa Allah tidak memakbulkan doa kita untuk menjadi kaya?

Mungkin,

1. Allah tahu jika kita menjadi kaya kita akan menjadi sombong

2. Allah tahu jika kita menjadi kaya kita akan lupa berdoa kepadanya

3. Allah masih mahu menguji kita sejauh mana kita akan bersabar dengan ujian berada di dalam kemiskinan / kesederhanaan sama ada kita merungut, atau tidak

4. Belum masanya Allah mahu berikan kita kesenangan kepada kita dengan kemewahan

Terlalu banyak kemungkinan yang kadang-kala tidak terjangkau oleh pemikiran kita. Allah tahu sesuatu yang kita tidak ketahui.

Allah mahu kita sentiasa meminta dan merayu kepadaNya. Tetapi jangan pula kita meminta yang bukan-bukan. Jika sekadar meminta dan berdoa pun tanpa usaha jangan bermimpi Allah akan tunaikan hasrat kita. Allah akan memberi mengikut kemampuan kita. Tapi tidak mustahil juga Allah akan memberi sesuatu kepada hambaNya walaupun hambaNya kurang usaha dan itu dinamakan Istidraj. Itu juga adalah salah satu bentuk ujian.

Manusia kadang-kala nampak kekayaan itu hanya dari segi material sahaja. Kaya harta belum tentu bahagia. Kebahagiaan itu juga adalah satu kekayaan. Pernah tidak kita rasa "mudahnya urusan aku" , satu perkara selesai tanpa ada masalah yang serius. Mungkin doa kita dah dimakbulkan cuma dalam bentuk yang lain.

Allah tak berikan kita kekayaan tapi Allah permudahkan urusan kita. Apa guna banyak duit tapi banyak kesulitan dalam hidup? Apa guna gaji besar tapi hutang keliling pinggang. Pernahkah kita terasa duit yang ada pada kita sekejap sahaja habis dan kita tidak nampak apa yang kita beli? Mungkin ini juga ada kaitan dengan keberkatan. Ada orang gajinya kecil namun mampu membeli macam-macam. Simpanannya, juga sudah banyak berbanding kita yang gaji lebih besar tapi langsung tak ada simpanan. Fikir-fikirkan.

Allah menurunkan ujian kerana Allah mahu kita sentiasa ingat padaNya. Contohnya, ujian perasaan. Kadang-kala kita merintih kenapa Allah seksa jiwa dan perasaan kita kerana masih ingatkan kisah cinta yang mungkin dah berakhir 4 atau 5 tahun lepas sehingga kita tutupkan hati kita pada orang lain.

Sedangkan si dia dah bergembira bersama orang lain? Kenapa? Manusia sering bertanya kan. Persoalan-persoalan yang dicipta itu sangat bagus jika kita fikirkan sebab musababnya. Bukan merintih kenapa dan terus merintih. Kerana Allah mahu kita sentiasa dekat padaNya. Sentiasa menyebut namaNya. Percayalah suatu hari nanti pasti Allah akan gantikan perasaan itu kepada insan yang benar-benar layak untuk kita.

Kita juga kena ingat dan terapkan dalam diri kita, kekayaan itu satu ujian. Memang saya pun kalau boleh inginkan harta yang banyak, nak beli apa pun boleh tetapi kalau dengan menjadi kaya mampu membuatkan saya melupakan Allah, saya redha jika saya hanya berada di levelsederhana. Cukup makan dan pakai serta boleh membahagiakan keluarga.

Letakkan keyakinan dan kepercayaan pada Allah swt. Put your belive in Allah. InsyaAllah.

Tuesday, October 11, 2011

PadaMu ku BerSUJUD...


Kumenatap dalam kelam 
tiada yang bisa kulihat 
selain hanya namaMu, ya Allah 

Esok ataukah nanti 
ampuni semua salahku 
lindungi aku dari 
segala fitnah 

Kau tempatku meminta 
Kau beriku bahagia 
jadikan aku selamanya 
hambaMu yang selalu bertaubat 

Ampuniku ya Allah 
yang sering melupakanMu 
saat Kau limpahkan karuniaMu 
dalam sunyi aku bersujud 

Esok ataukah nanti 
ampuni semua salahku 
lindungi aku dari 
segala fitnah 

Kau tempatku meminta 
Kau beriku bahagia 
jadikan aku selamanya 
hambaMu yang selalu bertaubat 

Ampuniku ya Allah 
yang sering melupakanMu 
saat Kau limpahkan karuniaMu 
dalam sunyi aku bersujud 

Kau tempatku meminta 
Kau beriku bahagia 
jadikan aku selamanya 
hambaMu yang selalu bertaubat 

Ampuniku ya Allah 
yang sering melupakanMu 
saat Kau limpahkan karuniaMu 
dalam sunyi aku bersujud 
padaMu

Monday, October 10, 2011

FORTEEN - BERDUA BERSATU

Akan ku pertahankan segala dugaan yang mendatang..biar di ggu org ketiga...=))



Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Kutak mahu yang benar
Jika denganmu rebah 
biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Wednesday, September 21, 2011

JiKa.......


Sayangku Rohim...jika dirimu masih meragui aku, aku tidak menghalang perasaanmu itu..sesunggunya kau mempunyai hati

Sayangku Rohim...Jika kau tidak gembira bersamaku..kau khabarkanlah padaku perasaanmu itu..agarku tahu kau tidak perlu bersedih di sebabkan aku.

Sayangku Rohim...Jika percakapan ku ini menyebabkan kau terluka..aku memohon keampunan darimu,sesungguhnya akutidak sedar tentang kesilapan ku.

Sayangku Rohim...Jika suatu hari nanti di antara kita dijodohkan bersama, aku mohon kepadamu,kau pimpinlah aku ke jalan yang diredhai olehNYA.

Sayangku Rohim...Jika kau dan aku di tulis sejak azalibukan di jodohkan bersama, anggap la ini hanya dugaan dan cabaran untuk dekatkan diri kepada yang Maha Esa.

Sayangku Rohim...Jika ini bukan kegembiraan yang kita cari..ingatlah kita sudah diberikan peluang gembira sebelum kita sedih..sesunggunya Allah itu Maha Mengetahui Segala-galanya...

Wednesday, September 14, 2011

Jangan Sesekali Kamu..............


Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.

Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.

Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.

Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.

Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.

Jangan sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.

Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.

Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.

Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...

Namun..

Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...

Tuesday, September 13, 2011

Ikhlaskah Kita Bermaaf-Maafan?


"Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin".

Itu adalah ucapan yang begitu sebati dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri di negara ini. Ia begitu membudaya dalam sambutan Hari Raya kita sehingga kadangkala ungkapan "Maaf zahir batin" itu tidak lagi memberi kesan apa-apa pada diri pengucapnya mahupun pada diri orang yang ditujukan ucapan itu.

Akibatnya, seminggu selepas 1 Syawal, salah laku dan salah kata terus berlaku di antara dua pihak yang saling bermaafan di pagi raya. Orang yang memohon maaf masih mengulangi kesilapannya, manakala orang yang memberi maaf pula, terus mengungkit-ungkit kesalahan orang yang memohon maaf daripadanya. Mengapa ini boleh berlaku?

Perkara ini berlaku kerana permohonan maaf dan pemberian maaf itu telah dilakukan secara sambil lewa, tanpa keikhlasan mahupun kesedaran dalam hati mana-mana pihak. Perbuatan saling bermaafan itu dilakukan hanya kerana 'masa'nya telah tiba, dan bukan kerana keinsafan serta kemahuan untuk mensucikan diri, mahupun untuk memaafkan orang lain.

Amat malang sekali bila permohonan dan pemberian maaf – sesuatu yang amat dituntut – hanya menjadi satu budaya dan bukannya dihayati dengan semangat yang sebenarnya.

Perbuatan memaafkan kesalahan orang lain amat dituntut oleh agama Islam sehingga ia dijanjikan dengan ganjaran yang begitu besar sekali. Ini jelas dalam Surah Ali-Imran, ayat 134.

Begitu juga, orang yang memohon maaf di atas kesalahan yang telah dilakukan, mereka ini juga dijanjikan syurga oleh Allah di akhirat kelak (Surah Ali-Imran, ayat 135-136).

Jelas bahawa perbuatan memohon maaf dan memberi maaf adalah perbuatan mulia yang dianjurkan oleh agama Islam. Ia wajib dan dianugerah pahala pula bila dilafazkan dan diamalkan. Maka, mengapa tuntutan semulia ini kita amalkan secara sambil lewa sahaja?

Bagaimanakah sebenarnya cara untuk kita memohon dan memberi maaf? Kepada pemohon maaf, ungkapan memohon maaf itu hendaklah dilaksanakan dengan ikhlas, rendah hati, penuh rasa kesal terhadap apa yang telah dilakukan serta niat untuk tidak mengulanginya lagi. Manakala kepada pemberi maaf, kemaafan yang diberi perlulah diberi dengan tulus ikhlas, dengan penuh sedar untuk melupakan kesalahan tersebut dan tidak lagi mengungkit-ungkit tentangnya.

Ada yang mengatakan bahawa ketika memohon maaf kita perlu menyenaraikan segala kesalahan yang telah kita lakukan supaya pihak satu lagi maklum tentangnya dan boleh mempertimbangkan sama ada dia akan memaafkan atau tidak.
Kemenangan

Namun, dalam semangat Hari Raya Aidilfitri ini, bila mana kita meraikan kemenangan melawan hawa nafsu selama sebulan, mengapa tidak kita buka hati kita untuk memaafkan sahaja segala silap dan salah orang itu? Tentunya kita juga ada salah dan silap yang jika mahu disenaraikan akan mengambil masa yang lama.

Maka, mengapa tidak kita maafkan sahaja dosa orang yang memohon maaf daripada kita? Ingatlah perintah Allah dalam Surah al-A'raf, ayat 199 yang menuntut kita agar memilih untuk memaafkan.

Sebenarnya, memohon maaf dan memberi maaf bukanlah sukar untuk dilaksanakan dalam bulan Syawal ini setelah kita melengkapkan ibadat puasa selama sebulan. Sesungguhnya ibadah puasa telah mendidik kita untuk melawan hawa nafsu dan mengembalikan diri kita kepada fitrahnya yang suci bersih.

Jiwa yang suci bersih adalah jiwa yang bebas daripada sifat bangga diri, sebaliknya kaya dengan sifat pemurah dan berlapang hati. Ini memudahkan kita untuk mengakui kesilapan diri, memohon maaf dan memaafkan orang lain. Maka, manfaatkanlah Aidilfitri ini ke arah itu dan sucikanlah dosa sesama insan dengan penuh tulus ikhlas.

Bila kita telah saling bermaafan, tiada lagi rasa benci dan dendam. Apa yang lahir ialah rasa kasih sayang dan persefahaman yang sekiranya dijana dengan baik, dapat menghasilkan satu permuafakatan yang bakal menguntungkan ummah.

-p/s renungkanlah..semoga dapat menjadi pedoman untuk kita semua....Amin..

*artikal ini diambil dari Artikel iluvislam.com

Monday, September 12, 2011

HA???DUIT!!!


heheeh....mslah duit lepas raya..

hrmmm...haru biru d buatnya,,..

duit ada RM40 hengget ja lg nih..

ckup ke nk smpai hujung bulan??

nk topup pon xde dt...

hwaaaaaaaaa....tlg3..mn nak cekau nih!!!

pening da memikiornyew...

pkiran da kebuntuan da..

kena posa la cegini..

blk masak kat umah lak..:((

Sunday, September 11, 2011

Andai masih ada rindu





Dan hati ini tidak mampu menidakkan rasa cinta,
Cinta yang semakin mendalami diri dan jiwa,
Ku tak bisa memejamkan rasa,
Saat ia nyata makin membara,
Membelah setiap pancaindera dan deria,
Hingga aku lemas dalam kemelutnya.
Tuhan..
Andai penantian ini ada jawapannya,
Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang KAU redha,
Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta,
Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada,
Iringilah Maluku berserta iman di dada,
Agar rasa kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga.
Tapi jika qada' dan qadar itu mengatakan sebaliknya,
Kurniakanlah aku kekuatan untuk melaluinya,
Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya,
Kerana aku insan yang tiada daya,
Maka bantulah aku melupakannya,
Jika itu takdirNYA..
Allah..
Andai masih ada rindu,
Kupohon hilangkanlah ia dari hatiku,
Kerana ketidakpastian itu mengganggu,
Perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu,
Aku tidak rela terusan terbelenggu,
Dalam pencarian permata berharga milikMU..
Ameen..

Friday, September 9, 2011

Menangis Tiada Lagu

salam...
uit2..tajuk kat atas xleh blah...hehehheeh
memang tangisan ku dah tiada lagu..
menangis mencari penyelesaian segala masalah..
dalam memikir semuanya..
tb2 air mata tron tanpa dipinta.
aku tidak minta ia jatuh ke pipi..
tapi hanya cara itu aku dapat luahkan..
hanya dengan air mata..
usah tanya kenapa wanita mudah menangis..
kerana wanita menangis tiada sebabnya..
usah pandang wanita itu lemah bila menangis..
kerana menangis itu lah yang membuatkan dia lebih kuat.
aku menjadi makin kuat dan matang dengan kehidupan yang lalui..
usahlah menyalahkan takdir tapi sebaliknya berasa bersyukur apabila disakiti.
luahkan segalanya kepada Allah..
kerana Allah lebih memahami apa yang dirasa..
tenangkan hati dengan dekatkan diri dengan Allah..
Insyallah segala masalah ada penyelasaian..
ku pohon pada Allah moga segala derita,keperitan dan kesengsaraan aku ini
dapat diselesaikan dengan tenang dan penuh kebesaran...

p/s nie pesan kat diri sendiri...makin trok da asa,..mata pon mcm panda dah d sebabkan lebam..heheheh..

Monday, August 22, 2011

WANITA!!!!


SIAPAKAH wanita cantik itu ?

✔ Dia melukis kekuatan melalui masalah.

✔ Dia tersenyum saat tertekan.

✔ Dia tertawa saat hati sedang menangis.

✔ Dia tabah saat dihina.

✔ Dia mempersona kerana memaafkan.

✔ Dia mengasihi tanpa balasan.

✔ Dan Dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi.

Jom Jadilah wanita cantik itu ♥ :))

Sunday, August 21, 2011

Inilah Caraku Mencintaimu

dengan tak menghubungimu,
tak juga menghantar sms untuk menanyakan khabarmu,
dan bahkan sekadar chatting untuk menyapamu,
aku mencintaimu dengan menjauh darimu,
bukan karana aku membencimu dan tidak mencintaimu ,
namun karena aku ingin menjagamu dan menjaga diriku sendiri dari khalwat yang menjebak,
aku mencintaimu dengan menjaga diriku dan dirimu,
menjaga kesucianku dan kesucianmu,
menjaga kehormatanku dan kehormatanmu,
menjaga kebeningan hatiku dan hatimu,
ya......
Beginilah caraku mencintaimu,
mencintaimu dalam diamku,
karena diamku adalah bukti cintaku padamu..
dan sekarang,
keadaan menegurku,

sehingga dapat membantu menyadarkanku dari kesalahan yang telah aku buat,

meskipun pesonamu terhadapku belum pulih,
belum pulih..
aku tak dapat memungkiri,
bahwa setiap manusia pasti akan merasakan fitrahnya,
termasuk permasalahan ketertarikannya terhadap lawan jenis,
maka jika harus demikian,
untuk apa jika hati ini aku tambatkan kepada siapa yang bukan orangnya nanti,
jika memang hati ini sangat peka terhadap pengaruh diri yang memilikinya ketika hati ini salah dalam pengelolaanya,
oleh karananya...
jika aku harus mencintai lawan jenis adalah fitrahku sebagai manusia, maka aku akan mencuba untuk mencintai siapa yang akan menikah denganku nanti,
walaupun aku belum pernah bertemu dengannya,
lantaran pasti Allah akan mempertemukanku dengannya,
sehingga usahaku yang sia-sia akan cenderung berkurang di dalam lingkup fitrahku,
Insya Allah.....
Kalau saja Allah menjadikan aku menikah dengan seorang Lelaki yang ditakdirkan Allah kepadaku,
maka untuk apa aku berharap dan menghabiskan waktuku kepada yang lainnya,
yang belum tentu akan menjadi suami ku kelak,
sedangkan hati ini mudah terdominasi dengan sesuatu hal yang lain,
Dan rasa ketertarikanku cukuplah akan aku tumpahkan kepada suami ku kelak..
Yaa Allah, sucikanlah hatiku hanya untuk siapa yang pantas menempatinya dengan keredhoanMu, cukup dia sajalah yang aku cintai karena aku tidak menginginkan keburukan ketika aku berbuat salah terhadap hatiku,


Monday, August 1, 2011

Cinta Muka Buku-Najwa Latiff

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

*like sgt lagu nih...sweet!!!!

Tuesday, May 10, 2011

PEDIH AKU TERASA

Ya Allah Ya Tuahnku.
Sakitnya hatiku ini Ya Allah.
Aku Tahu kau memahami segalanya.
Tapi adakah ini ujian kepada ku Ya Allah.
Ya Allah..Bantulah aku Ya Allah.
Kuatkan hatiku ini Ya Allah.
Apa harus ku lakukan untuk hubungan ini Ya Allah.
Aku buntu Ya Allah.
Hanya padamu ku memohon kekuatan dan petunjuk kebenaran Ya Allah.
Bantulah hamba mu ini Ya Allah.
Hanya Padamu ku mengadu segala keresahan dijiwa ku ini.
Amin....:((

Wednesday, April 27, 2011

KETIKA HATI MUSLIMAH ITU TERLUKA




Ketika hati seorang muslimah terluka, ia akan menghapus air matanya dengan imannya..
Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya 
Ketika hati seorang muslimah terluka,
hati-harinya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia menari dalam doa permohonan ampunnya terhadap Rabbnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia

Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunia nya terasa akan berlanjut dan ia harus tegar

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia gunakan seperti kebiasaannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesedarannya tuk menjaga perasaan orang sekitarnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yang melukainya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang disekelilingnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia tetap meneruskan liku2 hidupnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar..

Ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan dirinya tetap menjadi MUSLIMAH…

˙·٠•●❤ Tabahkanlah HATIMU duhai MUSLIMAH disaat dirimu TERLUKA..Anggaplah ujian ini sebagai ANUGERH TERINDAH darinya..kerana Dia ingin sentiasa dekat dengan dirimu..InsyaAllah,Allah sentiasa bersama2 denganmu..❤●•٠·˙
❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”
☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤

Tuesday, April 26, 2011

Oh Ibuku!!

Salam kawan2...
Rini aku sedih sgt2..
semalam aku dapat msg dr adik yang menyatakan emak ku demam..
risau aku dbuatmyer..cuti da la xbyk..
cuti  3 ari tp aku xtau leh blk ke x..
tp ati nk blk..sbb cuti 3 ari..bkn sllu nk cuti pnjg..
tp ak kna korban ckit la..xblh nk pentingkan dr sendiri..


Ya Allah..Ya Tuhan ku..
Kau sembuhkanlah segala kesakitan yang di tanggung Oleh ibuku..
Semoga dia sentiasa sihat dan hidup seperti biasa,..
Jika segala kesakitan yang ditanggung oleh ibuku itu blh ditukarkan kepadaku..
aku rela Ya Allah...yang Pasti ibuku chat, bahagia dan sentiasa tenang..
Amin...

Thursday, April 7, 2011

Kemaafan di Pagi Jumaat...

Awak...
kalau ini yang patut saya tempuhi bersama awak.
saya terima..
Betol awak ada ego awak..
tabit kat awak..
tahniah apa awak buat..
walaupon hati saya keras..
tapi kalau dicurah dengan air panas akan jadi lembut..
sebab sayang saya masih lagi terpahat walaupon hati dilukai..
demi hubungan yang dah dibina..
saya akan terus tunggu awak..
saya akan tunggu massage awak...
saya akan tunggu panggilan awak..
walaupon saya tahu..
hati awak lagi keras dari batu..
saya lebih sayang kan hubungan ini daripada ego saya..
saya hanya nak perhatian dari awak bukan harta awak..
kalau perhatian seorang lelaki itu saya kena beli gan duit..
saya akui saya tak mampu..
saya hanya harap perhatian yang saya nak hanya lah percuma dan ikhlas dari insan yang bergelar lelaki..
tunjuk lah keikhlasan awak..
saya hadir untuk awak bukan untuk menagih simpati..
dan awak hadir dalam hidup saya bukan mainan bagi saya..
cukup hanya sekali saya berduka..
saya tak sanggup kali ke2..
biar orang gelak kat saya..
tapi jangan orang pandang hina terhadap seorang pompuan..
biar saya memulakan kemaafan di pagi jumaat..
dan harapan di pagi jumaat membawa erti yang bermakna..
maaf diminta jika diri ini banyak menyakitkan sekeping hati awak..
biarlah dendam ini pergi dengan air mata..
kosongkan hati apa yang dirasa..
ikhlas terhadap pelaku di dunia..
sayang saya tetap untuk awak walaupon tak balas..
jaga diri awak..
saya tetap kekasih awak..
dan saya harap awak tetap sayang saya dan digelar kekasih saya..
harapan di pagi jumaat..amin...

Ya Allah...Kau Lembutkan Lah Hati Aku dan Dia...Amin....

Kenangan Ku dan dia......

sepi dan rindu
hanya hatiku yang tahu
aku semakin keliru
mengapa harus dirinya
yang kurindui
mengapa mesti dirinya
hadir dalam lenaku
entah mengapa dan kenapa
aku merindui dirinya
bukan kerana perpisahan yang terjadi
tetapi..
kerana kenangan dan nostalgia
antara dia dan aku
sentiasa segar dalam ingatan
sungguh....
aku rindu padanya....:((

Wednesday, April 6, 2011

Sedihkah sayer??

emmm...
sebenarnya saya tgh sedih...
tp betul2 sedih ke saya?
ntahla....
perasaan bercampur.
sedihlegakecamuk, kecewa, pilu.........
huhu....
i shall be telling dis wif a sigh?????
tapi xbaek mengeluh kan....
Allah dh janjikan sesuatu yg lebih baik buat aku...
sentiasa yakin pada itu...
cuma kekadang bila kebenaran itu terlalu dekat dan pahit utk ditelan
aku merasa kesakitan itu juga...
pedihnya Tuhan saja yg tahu
lalu aku cuba utk terus kuat
memujuk hati sendiri supaya jgn lagi berduka
tapi, aku juga manusia biasa
lantas andai kepedihan itu kembali menusuk jiwa
akukah yg sememangnya bersalah membiarkannya terjadi...?
hmmmm...mungkin kesedihan ini perlu berakhir segera
tapi sejak dulu juga cuba ku tamatkan
dimana titik noktahnya tetap tidak ku jumpa???
ya Allah ku sesungguh2nya berserah
Engkau yg maha mengetahui segala yg terbaik buatku...
lalu, hamba ini dgn penuh pengharapan
memohon kau kuatkan aku
sehingga ku jumpa penghujung cerita ini.......