Pages

Monday, April 17, 2017

Ujian

Ujian Dari Allah Buat Hambanya | Hari terus berganti hari. Kehidupan manusia juga terus berjalan pantas seiring dengan masa yang pantas berlari. Di celah-celah hari berwarna-warni yang di jalani dan ditelusuri, tanpa disedari atau tidak, manusia sebenarnya telahpun menempuh pelbagai ujian dan dugaan duniawi. Ujian-ujian yang diberi oleh Allah itu datang menyapa silih berganti dalam pelbagai bentuk dan rupa. Setiap orang diuji olah Allah berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya.

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… ( Al-Baqarah: 286)

ALLAH telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. ALLAH mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujianNya, oleh kerana itu ALLAH memberikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya ALLAH kepada kita sebagai hambaNya.

ALLAH menguji seseorang bukan kerana ALLAH benci kepada kita tetapi percayalah ALLAH menguji kita kerana DIA sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya, adakala tidak mampu bertahan dan bersabar dalam menghadapi ujianNya.

Hakikatnya saat ini, saat kita sedang mengecapi bahagia, ada berjuta manusia di luar sana yang sedang dihujani ujian atau dihimpit pelbagai derita. Ada di kalangan manusia di luar sana yang saat ini sedang diuji dengan kehilangan orang tersayang. Tidak kurang juga ada manusia yang diuji apabila apa yang diingini dan diharapkan tidak terjadi dan diberi.

“ Kenapa aku yang diuji ? “

“ Mengapa aku diuji sebegini ?”

“ Ujian ini sangat berat. Aku tak mampu…”

Mungkin ini adalah antara persoalan dan keluhan yang meniti di bibir atau berlegar di fikiran kita sebagai seorang hamba saat dihimpit dengan secebis ujian. Kadangkala tanpa sedar dan niat kita juga terlanjur marah pada DIA kerana menghujani kita dengan pelbagai ujian.

Tetapi, apabila kita menenangkan diri dan bermuhasabah kembali, tenyata sebenarnya dengan ujian yang diberi kita adalah hamba yang beruntung . Mengapa saya katakan begitu? Kerana ujian hanyalah diberi oleh Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Hamba-hambanya yang dikasihi dan disayangiNya. Dan jangan kita lupa bersama ujian itu juga ada pertolongan dari Allah sepertimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran:

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ( Al-Baqarah: 214)

Sebagai manusia biasa, kita pastinya tidak akan mampu menjangka bilakah ujian itu akan muncul tiba. Walaubagaimanapun, jika kita mengetahuinya, apalah kudrat kita sebagai seorang hamba yang kerdil lagi penuh dosa untuk menolak ujian-ujian yang bakal menyapa itu.

Jika direnungkan kembali, kita semua pastinya pernah dan akan ditimpa ujian dari yang Maha Esa, tetapi saat ujian itu tiba, mampukah kita menjadi manusia yang bersyukur dengan ujian itu dan memandangnya sebagai hadiah pemberian Allah?

Manusia itu sifatnya pelupa, Ada masanya dalam melayari kehidupan di dunia, kita lalai dan leka pada hakikat yang nyata bahwa kita hanyalah hamba DIA yang Esa. Jadi apakah sebenarnya yang mampu membangkitkan manusia dari kelalaian dan kealpaan ini? UJIAN. Ya, Ujian. Ujian atau mehnah yang menjengah dalam kehidupan kita itulah sebenarnya yang mampu mengejutkan kita dari mimpi dunia yang panjang.

Allah Tuhan yang Maha Mengetahui. Mungkin tanpa ujian-ujian dan dugaan yang dikirimkan khas oleh DIA untuk kita, kita masih lagi menjadi seorang hamba yang hanyut dan lemas dalam lautan kelalaian. Apa yang paling utama sebenarnya adalah “ hadiah ” itu dikirimkan oleh Allah bertujuan untuk menilai sejauh mana keimanan kita terhadapNya sepertimana yang dijelaskannya di dalam Al-Quran:

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabut: 2)

Justeru, marilah kita sama-sama bermuhasabah dan menilai kembali segala prasangka buruk yang mungkin pernah bermain di fikiran kita saat kita diuji. Inilah saatnya bagi kita, saya dan anda yang sedang membaca, merubah fikiran kita dan mula memandang ujian-ujian yang telah dan akan kita lalui sebagai sebuah ‘ hadiah’ dari Allah dan bukan lagi satu bebanan. Apabila kita benar-benar menyedari hakikat ini, maka kita akan menjadi seorang hamba yang bersyukur dengan segala ujian yang diberi.

Jika anda saat ini sedang diuji, ingin saya sampaikan sesungguhnya bersyukur dan berbahagialah anda kerana ujian itu hadiah daripada Allah.

Thursday, April 2, 2015

Gerammmmmmmm!!!!!




Jangan terlalu merasa ego untuk mengaku dan fikirkan salah sendiri!

Jangan terlalu merasa diri kita sahaja yang betul!

Jangan terlalu merasa kita lebih berhak untuk dihormati walaupun kita salah!

Jangan terlalu merasa kita sahaja yang berada pada pihak yang benar!

Jangan terlalu merasa diri kita tidak pernah salah!

Jangan terlalu merasa kita terlalu tinggi daripada orang lain!

Jangan terlalu merasa semua orang lain adalah dusta!

Jangan terlalu merasa kita sahaja yang baik!

Jangan terlalu merasa kata-kata kita sentiasa benar!

Jangan terlalu merasa orang lain tidak simpan apa yang kita katakan!

Jangan terlalu merasa kita tak pernah lukakan perasaan orang lain!

Jangan terlalu merasa hati kita sahaja yang harus dijaga!



 

Wednesday, March 11, 2015

9 Perkara Suami Perlu Peka Ketika Isteri Hamil

Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami perasaan dan diri mereka semasa mereka sedang sarat mengandung. Ini adalah kerana pada waktu tersebut, keadaan emosi mereka tidak begitu stabil dan memerlukan bantuan dan sokongan padu daripada orang lain terutamanya daripada suami tercinta.

Mungkin masih ramai para suami yang berada di luar sana yang masih lagi tidak berjaya untuk memahami situasi dan keadaan isteri ketika mengandung. Sebagai suami yang soleh dan mithali adalah wajar bagi anda untuk melakukan sembilan (9) perkara di bawah ini ketika isteri anda sedang mengandungkan zuriat anda agar mereka sentiasa ceria dan sihat sepanjang tempoh kandungan yang mencecah sembilan (9) bulan itu.
 
1. Luangkan masa bersama isteri- Sebagai seorang suami yang mempunyai pelbagai tanggungjawab samada di rumah mahupun di pejabat, sudah tentu adakalanya anda berkemungkinan menjadi terlalu sibuk dengan urusan-urusan yang perlu anda selesaikan.
 
Usah jadikan ini alasan untuk tidak meluangkan masa anda bersama isteri tercinta. Anda perlulah berusaha sedaya upaya untuk meluangkan masa anda bersama isteri. Wujudkan suasana ‘relaks’ antara kamu berdua dan keraplah berkomunikasi antara satu sama lain.
Ini kerana pada waktu seperti ini, seorang isteri amat memerlukan perhatian daripada anda. Dengan berada di samping isteri, ia pasti dapat membantu mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.
 

2. Membantu menjaga pemakanan isteri- Seperti yang sedia maklum, pada waktu-waktu seperti ini si isteri biasanya akan mengalami simptom mengidam. Sebagai seorang suami, anda sepatutnya bantu isteri anda dengan cara memenuhi kehendak mereka selagi termampu (selagi makanan yang diidamkan halal, tidak mustahil diperolehi dan sebagainya).
 
Selain daripada itu, si isteri yang sedang mengandung juga memerlukan makanan yang berkhasiat agar tumbesaran bayi tidak terganggu. Si suami wajar membelikan makanan-makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, yogurt, madu dan lain-lain agar anak di dalam kandungan tersebut mendapat nutrien yang seimbang.
 
3. Memahami keadaan fizikal mereka- Suami perlu sedar bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan isteri akan menjadi lebih perlahan daripada biasa. Oleh itu, apabila anda membawa isteri anda keluar untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan bahawa anda memahami situasi isteri anda. Adalah sangat tidak wajar jika anda memarahi mereka hanya disebabkan pergerakan mereka yang lambat.
 
4. Bersikap ringan tulang- Semasa isteri anda sedang sarat mengandung, tidak perlulah anda bertanya mengenai perkara-perkara yang perlu anda bantu Apabila melihat kain yang bertimbun tidak berbasuh, ringan-ringanlah tangan untuk membantu membasuh kain-kain tersebut. Sama juga halnya dengan kerja-kerja rumah yang lain. Ringankanlah beban isteri anda bukan menambahkan beban tersebut dengan membiarkan cawan kopi anda yang tidak berbasuh, surat khabar yang anda baca tidak terlipat dan lain-lain lagi.
 
5. Belajar psikologi – Isteri yang mengandung akan mengalami perubahan yang besar baik dari segi emosi mahupun fizikal mereka. Suami wajar mengetahui tanda-tanda perubahan ini. Dengan mempelajari ilmu psikologi serba sedikit anda akan lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah dengan tiba-tiba, menjadi terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.
 
6. Membantu menyiapkan hidangan- Sekiranya sebelum ini tugas-tugas memasak di dapur hanya dilakukan oleh si isteri semata-mata maka apalah salahnya sekiranya selama sembilan bulan ini si suami belajar untuk menyesuaikan diri berada di dapur. Sekiranya anda tidak memasak sekalipun, anda masih boleh membantu isteri memotong bahan-bahan masakan, menumis dan sebagainya. Ini juga secara tidak langsung akan menjadikan pasangan suami isteri tersebut bertambah mesra antara satu sama lain.
 
7. Membantu menjaga anak-anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk anda sebagai suami dan ayah menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.
 
8. Membawa isteri pergi ke mana-mana- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Lebih-lebih lagi sekiranya usia kandungan telah mencecah enam bulan dan ke atas. Sebaiknya anda korbankan masa dan tenaga untuk menjadi pemandu kepada isteri anda dan bawalah mereka pergi membeli barang dapur, baju bayi dan sebagainya.
 
9. Menabung dari awal- Perkara yang ini anda perlu bersedia dari awal lagi. Kukuhkan kedudukan kewangan anda agar tidak ada masalah yang timbul di kemudian hari. Maklumlah harga-harga barangan, ubat-ubatan dan perkhidmatan kesihatan sekarang sudah semakin mahal. Setiap kali harga petrol naik dah sah-sah harga-harga barang lain pun akan turut naik bukan? Oleh itu, bagi yang baru mendirikan rumah tangga dan yang masih belum berkahwin tu, elok-eloklah menabung seringgit sehari mulai sekarang. Kalau lebih, itu jauh lebih baik.

Friday, December 5, 2014

Jangan Biarkan Hati Kita Penat Memberi Kasih dan Sayang, Walaupun Kita Seakan Tidak Dihargai & Dilupakan

Bila kita ditanya soal hati dan perasaan, ramai yang mengambil berat soalnya. Dan tak lain dan tak bukan pasti mereka yang bergelar wanita.Mengapa harus begitu?Tidakkah lelaki juga punya perasaan?Benar, lelaki juga mempunyai perasaan. Mencintai, menyayangi, mengasihi, sama seperti apa yang wanita itu rasakan.Tetapi mengapa semua perasaan itu kelihatan begitu ketara dalam diri seorang wanita?

Secara ironinya, setiap wanita dikurniakan rahim daripada Allah S.W.T.Bukankah rahim itu bermaksud ‘sayang’?Justeru itulah wanita lebih menunjukkan belas, kasih dan sayangnya.Tidak kira kepada sesiapapun yang telah Allah gerakkan hatinya.Mungkin kepada insan yang bergelar kekasih, kepada anak-anak dan mungkin juga kepada insan di sekelilingnya. 

Wahai wanita, teruslah menyayangi, teruslah mencintai dan teruslah meluaskan rasa kasihmu.Tidak kira kepada sesiapapun yang engkau rasakan baik untukmu.Kerana rasa kasih dan sayang yang engkau miliki itu adalah hadiah untukmu yang dikurniakan Allah buat insan disekelilingmu. 

Bila kasih dan sayang kita diabaikan.

Ada satu ketika seorang wanita itu akan terasa terbeban dengan kasih dan sayang yang terkumpul di dada hanya kerana kasihnya tidak berbalas.Dan mungkin kerana kasihnya dipersiakan oleh mereka yang tidak tahu menghargainya. Harus bagaimana?Jika menyayangi itu menenangkan hatimu, maka mengapa harus berhenti?

  • Ada isteri yang terus menyayangi isi rumah tangganya dan sentiasa terus melaksanakan tanggungjawabnya, sungguhpun dirinya dan perasaannya selalu diabai suami.
  • Ada ibu yang terus mendoakan anaknya, sungguhpun anaknya selalu mengasingkannya.
  • Ada guru yang tetap mendidik dengan ikhlas sungguhpun dia tahu ada anak didiknya yang tidak lagi mahu mendengar suaranya.

Analoginya, jika kita berjalan di sebuah kota.

Ada seorang miskin di situ. Duduk bersila di celah-celah bangunan menadah meraih simpati. Lalu hadir seorang manusia yang penuh belas memberi bantuan kepada si miskin itu. Nah, apa yang engkau rasakan apabila melihat peristiwa itu?Tidakkah engkau akan melihat baik kepada si pemberi itu? Percayalah, begitu juga kasih Allah.Memberi itu tidak salah. Ketahuilah, setinggi-tinggi dan seindah indah pemberian itu adalah kasih dan sayangmu. 

Sudah Terlalu Lelah Dalam Memberi Kasih dan Sayang

Akan tiba satu saat bila hati terasa lesu menabur sayang. Terasa hilang seluruh tenaga untuk membenih kasih. Lalu apa yang perlu aku lakukan?Penat menyayangi mereka yang langsung tidak dapat melihat pengorbanan kasih yang selalu aku berikan!Mengapa mereka terlalu buta?Setiap yang datang pasti akan pergi juga. Imbas dirimu, lihatlah di mana pernah ada sayang yang diberikan kepadamu. Pernah ada kasih yang menenangkan hatimu.Mungkin hari ini insan yang memberi sayang itu sudah tiada lagi. Dan dewasa inilah masanya untuk kau mencurahkan kasih sayangmu.Usahlah terlalu kikir engkau terhadap rasa kasih dan sayangmu. Kerana rasa kasih dan sayang itu tidak akan pernah habis selagi diizinkan Allah.

Maka, ambil masa mu sedikit untuk mencurahkan sayangmu kepada mereka yang selayaknya.Hubungilah dan ucapkan rasa rindumu kepada ibu ayah yang jauh di kampung, ucapkanlah sayangmu kepada teman sehidup dan sematimu, peluklah tubuh anak yang pernah ketika dahulu lahirnya memberi sebaris senyuman dibibirmu, genggamlah tangan mereka yang selalu ikhlas ada di sisi kita.Tunduklah dan sujudlah kepada Dia yang tidak pernah lelah memberi segala-galanya yang kita perlukan.Zahirkan sayangmu. Justeru engkau akan dilihat begitu mahal hanya kerana rendahnya hatimu yang sentiasa menyayangi.

“Ya Rahman, Ya Rahim..Engkau isikanlah hati ini dengan rasa kasih dan sayang dan bantulah aku dalam memilih tepat tangguk hati yang benar-benar untuk aku curahkan rasa kasih ini. Ajari aku ikhlas dalam setiap curahan pengorbanan kasih dan sayang ini.”

Wednesday, September 10, 2014

Keguguran...:(

Assalamualaikum..
Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan merasa nikmat Allah swt. Dugaan demi dugaan sepanjang perkahwinan 3bulan. Sesungguhnya Allah sangat menyanyangiku. Pasti dah baca kan entri sebelum nie http://ermeeahmad.blogspot.com/2014/08/buku-merah.html?? tapi sekarang dah dapat efecnya..
 
Dugaan demi dugaan akhirnya kandungan perlu digugurkan disebabkan janin tak menjadi. 24 ogos 2014 dimasukkan ke wad sehingga 26 ogos 2014. wah hebat holiday dihospital selama 3 hari 2 malam disebabkan kecuaian pihak hospital dalam mengendalikan kes aku nie. Aku terpaksa melakukan cucian 2 kali. 2 kali okeyyyy..hrmmm..dapat mc 2 minggu so balik pantang di kampung halaman.
 
Tak baik mengeluh perancangan yang Allah dah aturkan nie..betul x? terima dengan redha dan mungkin Allah nak memberi yang terbaik untuk umatnya kan..Dugaan yang datang bukan mematahkan semangat. Malah aku bersyukur dan berterima kasih pada Allah kerana terlalu menyanyangi diriku ini. Aku percaya setiap apa yang berlaku ada hikmah. Hikmah ituakan tiba suatu hari nanti. Percaya pada takdir dan redha atas kehendakNya. Insyallah.
 

Sunday, August 17, 2014

Buku Merah!!

Assalamualaikum...
 
Haa...dah lebih kurang 3 bulan aku berkahwin..sekarang dah pragnent,..hehehe..bunyi mcm ciut ja kan..sat ja dah pragnent..Alhamdulillah rezeki Allah..
 
Pada 10 Ogos 2014 (Ahad) lepas aku buka buku merah..alahai punya la lama dok kat klinik Kesihatan Bakar Arang, sP. Dari Jam 8.00 pagi sampai 5.00 petang. Aku asa aku paling lama dok situ kot. Biasa la kan masa bujang tak penah nak sakit. Sekarang time pragnent mcm2 sakit dok mai. Masa bujang banyak diet n tak jaga pemakanan. Sekarang macam2 efect yang di terima.
 
Mula dari prosedur pendaftaran sampai la pemeriksaan doktor. Dari ambil darah sampai la ujian najis. semua doktor nak uji. Hb aku terlalu rendah iaitu 8 sbb 2 semua ujian kena buat. Macam2 pemakanan dan nasihat aku dapat.. sampai doktor 2 gempaq klu xnaik juga hb aku dalam 2 mggu dia nak bagi suntikan 10 hari dan dia bekalkan ubat zickcofer 30 biji.. haa makan la sampai muntah nah. Balik jer dari klinik mula la amalkan pemakanan secara sihat dan makan dan terus makan tanpa henti.
 
Alhamdulillah husband aku banyak membantu.. dari segi makanan, minuman, kain baju semua dia sediakan dan kawan2 yang berpengalaman banyak wassap, massage, telefon bagi nasihat dan pandangan tentang penjagaan dan pemakanan semasa pregnent nie. Aku yang 0-0 nie ikut saja..janji aku punya hb naik.  
 
Syukur Alhamdulillah Allah kurniakan zuriat dan suami yang terbaik dalam hidup ini, keluarga serta kawan2 yang sentiasa memberi dorongan dan kata semangat yang berterusan.

Sunday, May 4, 2014

Erti Persahabatan (K.A.M.I)

Assalamualaikum dan Selamat Pagi...
 
Betuahnya diri mempunyai sahabat yang penyayang dan mempunyai sifat perihatin. Dalam kepayahan dan kesusahan menyiapkan diri ke Alam Perkahwinan, sahabat yang baik telah datang menghulurkan bantuan. Rasa sebak dan terkilan dengan apa yang dilakukan oleh sahabat-sahabat sejatiku. Walaupun kejauhan hati kami tetap bersatu. Menangis diri ini apabila keikhlasan sahabat-sahabatku menghulurkan bantuan yang tidak ternilai. Rasa bersyukur dan terima kasih kepada Allah tidak dilupakan. Semoga Allah membalas jasa baik serta pertolongan sahabat-sahabatku.  
 
"Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran .Mencari sahabat sejati bukanlah mudah….ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka.
 
Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab. Sama bergembira di waktu senang, membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan.
 
Meskipun mungkin menegur itu mungkin disalahtafsirkan, tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai sahabat….diteruskannya juga. Sahabat sejati tidak semestinya perlu berada di sisi kita setiap masa. Mungkin dalam setahun, pertemuan dengannya boleh dihitung dengan jari. Namun, hubungan dalaman yang erat terjalin sebati di dalam jiwa. Biarpun jauh, nilai persahabatan yang sedemikian akan tergenggam erat dalam diari ingatan.
 
Menurut Imam Ghazali, persahabatan itu harus dilandaskan dengan jiwa yang bersih.Malah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:”Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih drp kamu mengasihi diri sendiri”.Begitulah besarnya pengertian persahabatan dalam islam bersandarkan konsep persaudaraan. Justeru itu, marilah kita bersama2 merenung dan mengamalkan hak-hak persaudaraan dan persahabatan seperti yang digariskan di dalam Kitab Bimbingan Mukminin- Imam Ghazali."
 
Terima Kasih Sahabat kerana sanggup berkongsi kesusahan bersamaku. Tidak akan ku lupakan apa yang telah kau lakukan. Semoga Persahabatan kita hingga ke Syurga yang Indah.