Pages

Wednesday, September 21, 2011

JiKa.......


Sayangku Rohim...jika dirimu masih meragui aku, aku tidak menghalang perasaanmu itu..sesunggunya kau mempunyai hati

Sayangku Rohim...Jika kau tidak gembira bersamaku..kau khabarkanlah padaku perasaanmu itu..agarku tahu kau tidak perlu bersedih di sebabkan aku.

Sayangku Rohim...Jika percakapan ku ini menyebabkan kau terluka..aku memohon keampunan darimu,sesungguhnya akutidak sedar tentang kesilapan ku.

Sayangku Rohim...Jika suatu hari nanti di antara kita dijodohkan bersama, aku mohon kepadamu,kau pimpinlah aku ke jalan yang diredhai olehNYA.

Sayangku Rohim...Jika kau dan aku di tulis sejak azalibukan di jodohkan bersama, anggap la ini hanya dugaan dan cabaran untuk dekatkan diri kepada yang Maha Esa.

Sayangku Rohim...Jika ini bukan kegembiraan yang kita cari..ingatlah kita sudah diberikan peluang gembira sebelum kita sedih..sesunggunya Allah itu Maha Mengetahui Segala-galanya...

Wednesday, September 14, 2011

Jangan Sesekali Kamu..............


Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.

Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.

Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.

Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.

Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.

Jangan sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.

Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.

Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.

Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...

Namun..

Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...

Tuesday, September 13, 2011

Ikhlaskah Kita Bermaaf-Maafan?


"Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin".

Itu adalah ucapan yang begitu sebati dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri di negara ini. Ia begitu membudaya dalam sambutan Hari Raya kita sehingga kadangkala ungkapan "Maaf zahir batin" itu tidak lagi memberi kesan apa-apa pada diri pengucapnya mahupun pada diri orang yang ditujukan ucapan itu.

Akibatnya, seminggu selepas 1 Syawal, salah laku dan salah kata terus berlaku di antara dua pihak yang saling bermaafan di pagi raya. Orang yang memohon maaf masih mengulangi kesilapannya, manakala orang yang memberi maaf pula, terus mengungkit-ungkit kesalahan orang yang memohon maaf daripadanya. Mengapa ini boleh berlaku?

Perkara ini berlaku kerana permohonan maaf dan pemberian maaf itu telah dilakukan secara sambil lewa, tanpa keikhlasan mahupun kesedaran dalam hati mana-mana pihak. Perbuatan saling bermaafan itu dilakukan hanya kerana 'masa'nya telah tiba, dan bukan kerana keinsafan serta kemahuan untuk mensucikan diri, mahupun untuk memaafkan orang lain.

Amat malang sekali bila permohonan dan pemberian maaf – sesuatu yang amat dituntut – hanya menjadi satu budaya dan bukannya dihayati dengan semangat yang sebenarnya.

Perbuatan memaafkan kesalahan orang lain amat dituntut oleh agama Islam sehingga ia dijanjikan dengan ganjaran yang begitu besar sekali. Ini jelas dalam Surah Ali-Imran, ayat 134.

Begitu juga, orang yang memohon maaf di atas kesalahan yang telah dilakukan, mereka ini juga dijanjikan syurga oleh Allah di akhirat kelak (Surah Ali-Imran, ayat 135-136).

Jelas bahawa perbuatan memohon maaf dan memberi maaf adalah perbuatan mulia yang dianjurkan oleh agama Islam. Ia wajib dan dianugerah pahala pula bila dilafazkan dan diamalkan. Maka, mengapa tuntutan semulia ini kita amalkan secara sambil lewa sahaja?

Bagaimanakah sebenarnya cara untuk kita memohon dan memberi maaf? Kepada pemohon maaf, ungkapan memohon maaf itu hendaklah dilaksanakan dengan ikhlas, rendah hati, penuh rasa kesal terhadap apa yang telah dilakukan serta niat untuk tidak mengulanginya lagi. Manakala kepada pemberi maaf, kemaafan yang diberi perlulah diberi dengan tulus ikhlas, dengan penuh sedar untuk melupakan kesalahan tersebut dan tidak lagi mengungkit-ungkit tentangnya.

Ada yang mengatakan bahawa ketika memohon maaf kita perlu menyenaraikan segala kesalahan yang telah kita lakukan supaya pihak satu lagi maklum tentangnya dan boleh mempertimbangkan sama ada dia akan memaafkan atau tidak.
Kemenangan

Namun, dalam semangat Hari Raya Aidilfitri ini, bila mana kita meraikan kemenangan melawan hawa nafsu selama sebulan, mengapa tidak kita buka hati kita untuk memaafkan sahaja segala silap dan salah orang itu? Tentunya kita juga ada salah dan silap yang jika mahu disenaraikan akan mengambil masa yang lama.

Maka, mengapa tidak kita maafkan sahaja dosa orang yang memohon maaf daripada kita? Ingatlah perintah Allah dalam Surah al-A'raf, ayat 199 yang menuntut kita agar memilih untuk memaafkan.

Sebenarnya, memohon maaf dan memberi maaf bukanlah sukar untuk dilaksanakan dalam bulan Syawal ini setelah kita melengkapkan ibadat puasa selama sebulan. Sesungguhnya ibadah puasa telah mendidik kita untuk melawan hawa nafsu dan mengembalikan diri kita kepada fitrahnya yang suci bersih.

Jiwa yang suci bersih adalah jiwa yang bebas daripada sifat bangga diri, sebaliknya kaya dengan sifat pemurah dan berlapang hati. Ini memudahkan kita untuk mengakui kesilapan diri, memohon maaf dan memaafkan orang lain. Maka, manfaatkanlah Aidilfitri ini ke arah itu dan sucikanlah dosa sesama insan dengan penuh tulus ikhlas.

Bila kita telah saling bermaafan, tiada lagi rasa benci dan dendam. Apa yang lahir ialah rasa kasih sayang dan persefahaman yang sekiranya dijana dengan baik, dapat menghasilkan satu permuafakatan yang bakal menguntungkan ummah.

-p/s renungkanlah..semoga dapat menjadi pedoman untuk kita semua....Amin..

*artikal ini diambil dari Artikel iluvislam.com

Monday, September 12, 2011

HA???DUIT!!!


heheeh....mslah duit lepas raya..

hrmmm...haru biru d buatnya,,..

duit ada RM40 hengget ja lg nih..

ckup ke nk smpai hujung bulan??

nk topup pon xde dt...

hwaaaaaaaaa....tlg3..mn nak cekau nih!!!

pening da memikiornyew...

pkiran da kebuntuan da..

kena posa la cegini..

blk masak kat umah lak..:((

Sunday, September 11, 2011

Andai masih ada rindu





Dan hati ini tidak mampu menidakkan rasa cinta,
Cinta yang semakin mendalami diri dan jiwa,
Ku tak bisa memejamkan rasa,
Saat ia nyata makin membara,
Membelah setiap pancaindera dan deria,
Hingga aku lemas dalam kemelutnya.
Tuhan..
Andai penantian ini ada jawapannya,
Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang KAU redha,
Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta,
Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada,
Iringilah Maluku berserta iman di dada,
Agar rasa kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga.
Tapi jika qada' dan qadar itu mengatakan sebaliknya,
Kurniakanlah aku kekuatan untuk melaluinya,
Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya,
Kerana aku insan yang tiada daya,
Maka bantulah aku melupakannya,
Jika itu takdirNYA..
Allah..
Andai masih ada rindu,
Kupohon hilangkanlah ia dari hatiku,
Kerana ketidakpastian itu mengganggu,
Perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu,
Aku tidak rela terusan terbelenggu,
Dalam pencarian permata berharga milikMU..
Ameen..

Friday, September 9, 2011

Menangis Tiada Lagu

salam...
uit2..tajuk kat atas xleh blah...hehehheeh
memang tangisan ku dah tiada lagu..
menangis mencari penyelesaian segala masalah..
dalam memikir semuanya..
tb2 air mata tron tanpa dipinta.
aku tidak minta ia jatuh ke pipi..
tapi hanya cara itu aku dapat luahkan..
hanya dengan air mata..
usah tanya kenapa wanita mudah menangis..
kerana wanita menangis tiada sebabnya..
usah pandang wanita itu lemah bila menangis..
kerana menangis itu lah yang membuatkan dia lebih kuat.
aku menjadi makin kuat dan matang dengan kehidupan yang lalui..
usahlah menyalahkan takdir tapi sebaliknya berasa bersyukur apabila disakiti.
luahkan segalanya kepada Allah..
kerana Allah lebih memahami apa yang dirasa..
tenangkan hati dengan dekatkan diri dengan Allah..
Insyallah segala masalah ada penyelasaian..
ku pohon pada Allah moga segala derita,keperitan dan kesengsaraan aku ini
dapat diselesaikan dengan tenang dan penuh kebesaran...

p/s nie pesan kat diri sendiri...makin trok da asa,..mata pon mcm panda dah d sebabkan lebam..heheheh..