Pages

Friday, December 5, 2014

Jangan Biarkan Hati Kita Penat Memberi Kasih dan Sayang, Walaupun Kita Seakan Tidak Dihargai & Dilupakan

Bila kita ditanya soal hati dan perasaan, ramai yang mengambil berat soalnya. Dan tak lain dan tak bukan pasti mereka yang bergelar wanita.Mengapa harus begitu?Tidakkah lelaki juga punya perasaan?Benar, lelaki juga mempunyai perasaan. Mencintai, menyayangi, mengasihi, sama seperti apa yang wanita itu rasakan.Tetapi mengapa semua perasaan itu kelihatan begitu ketara dalam diri seorang wanita?

Secara ironinya, setiap wanita dikurniakan rahim daripada Allah S.W.T.Bukankah rahim itu bermaksud ‘sayang’?Justeru itulah wanita lebih menunjukkan belas, kasih dan sayangnya.Tidak kira kepada sesiapapun yang telah Allah gerakkan hatinya.Mungkin kepada insan yang bergelar kekasih, kepada anak-anak dan mungkin juga kepada insan di sekelilingnya. 

Wahai wanita, teruslah menyayangi, teruslah mencintai dan teruslah meluaskan rasa kasihmu.Tidak kira kepada sesiapapun yang engkau rasakan baik untukmu.Kerana rasa kasih dan sayang yang engkau miliki itu adalah hadiah untukmu yang dikurniakan Allah buat insan disekelilingmu. 

Bila kasih dan sayang kita diabaikan.

Ada satu ketika seorang wanita itu akan terasa terbeban dengan kasih dan sayang yang terkumpul di dada hanya kerana kasihnya tidak berbalas.Dan mungkin kerana kasihnya dipersiakan oleh mereka yang tidak tahu menghargainya. Harus bagaimana?Jika menyayangi itu menenangkan hatimu, maka mengapa harus berhenti?

  • Ada isteri yang terus menyayangi isi rumah tangganya dan sentiasa terus melaksanakan tanggungjawabnya, sungguhpun dirinya dan perasaannya selalu diabai suami.
  • Ada ibu yang terus mendoakan anaknya, sungguhpun anaknya selalu mengasingkannya.
  • Ada guru yang tetap mendidik dengan ikhlas sungguhpun dia tahu ada anak didiknya yang tidak lagi mahu mendengar suaranya.

Analoginya, jika kita berjalan di sebuah kota.

Ada seorang miskin di situ. Duduk bersila di celah-celah bangunan menadah meraih simpati. Lalu hadir seorang manusia yang penuh belas memberi bantuan kepada si miskin itu. Nah, apa yang engkau rasakan apabila melihat peristiwa itu?Tidakkah engkau akan melihat baik kepada si pemberi itu? Percayalah, begitu juga kasih Allah.Memberi itu tidak salah. Ketahuilah, setinggi-tinggi dan seindah indah pemberian itu adalah kasih dan sayangmu. 

Sudah Terlalu Lelah Dalam Memberi Kasih dan Sayang

Akan tiba satu saat bila hati terasa lesu menabur sayang. Terasa hilang seluruh tenaga untuk membenih kasih. Lalu apa yang perlu aku lakukan?Penat menyayangi mereka yang langsung tidak dapat melihat pengorbanan kasih yang selalu aku berikan!Mengapa mereka terlalu buta?Setiap yang datang pasti akan pergi juga. Imbas dirimu, lihatlah di mana pernah ada sayang yang diberikan kepadamu. Pernah ada kasih yang menenangkan hatimu.Mungkin hari ini insan yang memberi sayang itu sudah tiada lagi. Dan dewasa inilah masanya untuk kau mencurahkan kasih sayangmu.Usahlah terlalu kikir engkau terhadap rasa kasih dan sayangmu. Kerana rasa kasih dan sayang itu tidak akan pernah habis selagi diizinkan Allah.

Maka, ambil masa mu sedikit untuk mencurahkan sayangmu kepada mereka yang selayaknya.Hubungilah dan ucapkan rasa rindumu kepada ibu ayah yang jauh di kampung, ucapkanlah sayangmu kepada teman sehidup dan sematimu, peluklah tubuh anak yang pernah ketika dahulu lahirnya memberi sebaris senyuman dibibirmu, genggamlah tangan mereka yang selalu ikhlas ada di sisi kita.Tunduklah dan sujudlah kepada Dia yang tidak pernah lelah memberi segala-galanya yang kita perlukan.Zahirkan sayangmu. Justeru engkau akan dilihat begitu mahal hanya kerana rendahnya hatimu yang sentiasa menyayangi.

“Ya Rahman, Ya Rahim..Engkau isikanlah hati ini dengan rasa kasih dan sayang dan bantulah aku dalam memilih tepat tangguk hati yang benar-benar untuk aku curahkan rasa kasih ini. Ajari aku ikhlas dalam setiap curahan pengorbanan kasih dan sayang ini.”

Wednesday, September 10, 2014

Keguguran...:(

Assalamualaikum..
Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan merasa nikmat Allah swt. Dugaan demi dugaan sepanjang perkahwinan 3bulan. Sesungguhnya Allah sangat menyanyangiku. Pasti dah baca kan entri sebelum nie http://ermeeahmad.blogspot.com/2014/08/buku-merah.html?? tapi sekarang dah dapat efecnya..
 
Dugaan demi dugaan akhirnya kandungan perlu digugurkan disebabkan janin tak menjadi. 24 ogos 2014 dimasukkan ke wad sehingga 26 ogos 2014. wah hebat holiday dihospital selama 3 hari 2 malam disebabkan kecuaian pihak hospital dalam mengendalikan kes aku nie. Aku terpaksa melakukan cucian 2 kali. 2 kali okeyyyy..hrmmm..dapat mc 2 minggu so balik pantang di kampung halaman.
 
Tak baik mengeluh perancangan yang Allah dah aturkan nie..betul x? terima dengan redha dan mungkin Allah nak memberi yang terbaik untuk umatnya kan..Dugaan yang datang bukan mematahkan semangat. Malah aku bersyukur dan berterima kasih pada Allah kerana terlalu menyanyangi diriku ini. Aku percaya setiap apa yang berlaku ada hikmah. Hikmah ituakan tiba suatu hari nanti. Percaya pada takdir dan redha atas kehendakNya. Insyallah.
 

Sunday, August 17, 2014

Buku Merah!!

Assalamualaikum...
 
Haa...dah lebih kurang 3 bulan aku berkahwin..sekarang dah pragnent,..hehehe..bunyi mcm ciut ja kan..sat ja dah pragnent..Alhamdulillah rezeki Allah..
 
Pada 10 Ogos 2014 (Ahad) lepas aku buka buku merah..alahai punya la lama dok kat klinik Kesihatan Bakar Arang, sP. Dari Jam 8.00 pagi sampai 5.00 petang. Aku asa aku paling lama dok situ kot. Biasa la kan masa bujang tak penah nak sakit. Sekarang time pragnent mcm2 sakit dok mai. Masa bujang banyak diet n tak jaga pemakanan. Sekarang macam2 efect yang di terima.
 
Mula dari prosedur pendaftaran sampai la pemeriksaan doktor. Dari ambil darah sampai la ujian najis. semua doktor nak uji. Hb aku terlalu rendah iaitu 8 sbb 2 semua ujian kena buat. Macam2 pemakanan dan nasihat aku dapat.. sampai doktor 2 gempaq klu xnaik juga hb aku dalam 2 mggu dia nak bagi suntikan 10 hari dan dia bekalkan ubat zickcofer 30 biji.. haa makan la sampai muntah nah. Balik jer dari klinik mula la amalkan pemakanan secara sihat dan makan dan terus makan tanpa henti.
 
Alhamdulillah husband aku banyak membantu.. dari segi makanan, minuman, kain baju semua dia sediakan dan kawan2 yang berpengalaman banyak wassap, massage, telefon bagi nasihat dan pandangan tentang penjagaan dan pemakanan semasa pregnent nie. Aku yang 0-0 nie ikut saja..janji aku punya hb naik.  
 
Syukur Alhamdulillah Allah kurniakan zuriat dan suami yang terbaik dalam hidup ini, keluarga serta kawan2 yang sentiasa memberi dorongan dan kata semangat yang berterusan.

Sunday, May 4, 2014

Erti Persahabatan (K.A.M.I)

Assalamualaikum dan Selamat Pagi...
 
Betuahnya diri mempunyai sahabat yang penyayang dan mempunyai sifat perihatin. Dalam kepayahan dan kesusahan menyiapkan diri ke Alam Perkahwinan, sahabat yang baik telah datang menghulurkan bantuan. Rasa sebak dan terkilan dengan apa yang dilakukan oleh sahabat-sahabat sejatiku. Walaupun kejauhan hati kami tetap bersatu. Menangis diri ini apabila keikhlasan sahabat-sahabatku menghulurkan bantuan yang tidak ternilai. Rasa bersyukur dan terima kasih kepada Allah tidak dilupakan. Semoga Allah membalas jasa baik serta pertolongan sahabat-sahabatku.  
 
"Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran .Mencari sahabat sejati bukanlah mudah….ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka.
 
Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab. Sama bergembira di waktu senang, membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan.
 
Meskipun mungkin menegur itu mungkin disalahtafsirkan, tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai sahabat….diteruskannya juga. Sahabat sejati tidak semestinya perlu berada di sisi kita setiap masa. Mungkin dalam setahun, pertemuan dengannya boleh dihitung dengan jari. Namun, hubungan dalaman yang erat terjalin sebati di dalam jiwa. Biarpun jauh, nilai persahabatan yang sedemikian akan tergenggam erat dalam diari ingatan.
 
Menurut Imam Ghazali, persahabatan itu harus dilandaskan dengan jiwa yang bersih.Malah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:”Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih drp kamu mengasihi diri sendiri”.Begitulah besarnya pengertian persahabatan dalam islam bersandarkan konsep persaudaraan. Justeru itu, marilah kita bersama2 merenung dan mengamalkan hak-hak persaudaraan dan persahabatan seperti yang digariskan di dalam Kitab Bimbingan Mukminin- Imam Ghazali."
 
Terima Kasih Sahabat kerana sanggup berkongsi kesusahan bersamaku. Tidak akan ku lupakan apa yang telah kau lakukan. Semoga Persahabatan kita hingga ke Syurga yang Indah.
 
 

Thursday, May 1, 2014

Keistimewaan dan Kelebihan Bulan Rejab

Assalamualaikum saudara-saudara ku sakalian alam...
 
Alhamdulillah hari nie kita masih lagi peluang oleh Allah S.W.T untuk bernafas dibumiNya. Hari nie 2 Mei 2014 bersamaan 2 Rejab 1435. Alhamdulillah dapat diberikan kesihatan yang baik dan dapat memunaikan puasa sunat di bulan Rejab yang penuh keistimewaan ini. Hari ini saya nak kongsi dengan saudara-saudara sekalian apa keistimewaan pada bulan Rejab nie..
 
Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:

“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

    a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
    b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
    c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Subhanallah Maha Suci Allah.. Betapa besarnya pahala dan keistimewaan yang kita perolehi. Marilah sama-sama kita mengerjakan puasa di bulan Rejab ini.


 

Thursday, February 20, 2014

Amarah!!!


Hari nie terbaca satu ruangan dalam Majalah Rapi..nak tau apakah?heheheh... tips2 untuk redakan Amarah..wowowo...dengar macam bezz ja..kena la dengan mood sekarang..kuikuikui..Jom kita tgk cara bijak nak redakan Amarahmu!

6 Cara Bijak Redakan Amarahmu :-
  1. Berjalan-jalan : Ketika anda marah, cubalah memilih untuk meninggalkan orang yang sedang anda marah. Cara ini akan membuatkan fikiran negetif anda akan hilang.. ---> yang nie penah buat...sampai buang sume berkaitan dengan orang 2!hahahah
  2. Menulis : Meluahkan kekesalan dengan menulis. Ini akan membantu mengeluarkan kemarahan yang dihadapi -----> yang nie pon penah buat.. aku suka tulis blog , gan hantam2 kat twitter.. kadang2 lega, kadang2 buang masa ja...adehhh
  3. Berbincang : Jika kemarahan sukar untuk dilupakan, ajaklah orang yang anda marah itu berbincang. ----> bagi aku buang masa.. rini ok esok lusa sama jaaa...huhuhu
  4. Menjerit : Dengan menjerit, ia akan membuatkan fikiran anda menjadi tenang dan kemarahan beransur hilang. ----> Aku xsuka menjerit.. sebab sekarang mana ada ruangan menjerit!haiyaa... kalau salah jerit mau orang cakap gila..hrmmm
  5. Jangan Merosakkan Barang : Apabila perasaan marah datang, anda mudah untuk melepaskan kemarahan dengan merosakkan barang2 berdekatan anda.----> Dulu aku buat benda nie..aku baling HP..tp bkn macam HP sekarang daaa... sekarang da pandai pikir..heheh
  6. Nasihat : Jika kemarahan tak hilang jumpalah pakar. ---->bagi aku xpyh jumpa pakar.. ada lagi caranya yang lebih berkesan..huuhu

Tapi aku nak tambah satu lagi tips bagi hilangkan amarah nie.. bagi aku Solat dan Berzikir lagi cepat hilang rasa marah 2. Selepas solat baca Al-Quran. Lepas 2 kita akan rasa tenang sangat2.. tak percaya?cuba buat.. Saya Sudah... ;-)

Selamat Mencuba!!!

Bersediakah Aku ? ?


Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik lebih kurang 4 bulan lagi menghampiri alam Perkahwinan.. Bersediakah aku?? Dalam kesibukkan kerja..aku mencari ruang untuk persiapan perkahwinan aku.. tetapi aku belum memikirkan bersediakah diri aku dalam menghadapi alam selepas perkahwinan?

Kadang-kadang dugaan datang tanpa diduga dan banyak tomahan yang aku terima. Apa aku rasa aku saja yang mengetahui. Aku ingin mencerita pada seseorang apa yang aku rasakan kini. Tapi ku tahu berbicara dengan seseorang belum pasti dapat dipahami.

Hari demi hari, perasaan takut mula menyebulungi diri. adakah fobia datang kembali?Aku cuba tepis perasaan itu dalam hidupku, tapi aku rasa bagaikan kenangan lama kembali padaku. Aku cuba yakin dengan diri sendiri dan mungkin inilah yang perlu aku tempuhi. Percaya dengan ketentuan Allah.

Ya Allah.. Bantulah Hambamu ini dalam menghadapi dugaan Mu.. Permudahkan Urusanku.. Amin Ya Robb..

Wednesday, February 19, 2014

Buangkan Sifat Membenci Elakkan Dari Sakit Hati



kenapa ada rasa benci
kenapa adanya sakit hati

Kita manusia dibekalkan dengan akal dan nafsu.
Kedua duanya akan memimpin kejalan yang sesuai dengan kejadiannya.
Nafsu menjurus kepada keenakan , kegembiraan dan tak kira yg halal atau haram. Manakala akal memimpin kearah kewarasan dan keredhaan Tuhan.

Adalah wajib bagi kita mengimbangi nafsu dengan menggunakan akal yang dikurniakan oleh Allah.
Bagaimana akal mampu jadi waras tanpa ILMU. Bagaimana akal boleh mengimbang tanpa asasnya.
Lantaran itu lengkapkanlah diri dengan ilmu dunia dan akhirat agar hidup kita tak sesat. Bukannya susah mendapatkan ilmu jika kita punya keinginan dan berwawasan.

Benci lahir dari sebab dikhianati, dibenci atau disakiti. Automatik benci akan menyelinap dan bertapak di hati. Benci yang melampau mampu menggerakkan anggota untuk beraksi menyatakan benci.

Sebagai insan yang waras fikiran, kenapa kita harus melayan rasa benci yg merosakkan. Dimana untungnya memelihara dan menyimpan sipat benci yang akhirnya menjadi dendam...?. Benarkah benci dan dendam akan menjadikan diri kita tenteram..? TIDAKK!!...benci dan dendam hanya menjadikan jiwa kita sakit dan semakin membusuk berulat jika terus dipelihara dan disimpan.

Yakinilah bahawa dikhianati, dibenci dan disakiti itu sebenarnya adalah UJIAN dari Tuhan buat diri yg mula terasa selesa dengan sedikit amal...itulah tanda kasih sayang tuhanMu kepada seorang hamba. Sesungguhnya syurga buat manusia bukanlah hanya dari amal perbuatan mereka semata-mata, malah lebih kepada RAHMAT Allah. Tanpa rahmatNya...segunung amalpun tidak ada gunanya jua.

Firman Allah dalam kalamnya :

" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, " Kami telah beriman, " dan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta," (29 : 2-3)

Setrusnya firman Allah :-
" Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Albaqarah : 286)

Thursday, January 2, 2014

Ku Mohon Rahmat & RedhoMu Ya Allah

Di malam jumaat yang penuh barakah ini Ya Allah, ku pohon rahmat & redhomu dalam melayari kehidupan ku ini. jadikanlah aku hambamu ini seorang insan yang sentiasa mampu memelihara pemikiran, mampu memelihara gerak hati, mampu memelihara aurat dan adab, mampu memelihara tindak tanduk & tuturkata agar tiap sesuatu sentiasa menurut keredhaanMu Ya Allah.
 
Janganlah sesekali Engkau biarkan aku jauh dari pemerhatianMu hingga aku tercuai dan tidak peka lalu menyebabkan mereka sekelilingku merasa tidak selesa, kecewa, marah, sedih ataupun berkecil hati.
 
Janganlah pula kerana kekurangan-kekurangan ku ini menyebabkan mereka bersalah sangka lalu menimbulkan fitnah yang bole membakar hangus nilai-nilai ukhwwah/silaturrahim. Amin Amin Ya Rabb...