Pages

Wednesday, November 30, 2011

Sahabat Di Dunia

Salam untuk semua sahabat2 ku...semoga anda semua berada dlm keadaan yg sihat n dilindungi oleh Allah S.W.T....

‎" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan.

Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. "

– Khalifah Umar bin Abdul Aziz
(cucu Saidina Umar Al-Khattab r.a. - sahabat Nabi s.a.w.)

       Ingin aku mencari sahabat yang sentiasa disisi aku..ambik berat tentang aku. Rasa mudah nk luah segala isi hati ku...seorang sahabat yang ada di depan mata..yang boleh gelak bersama..Tetapi..semua 2 tidak mugkin aku dapat..Aku akan cari seorang sahabat yang sudi dengar, sudi kongsi, sudi beri nasihat ke arah kebaikan.. Insyallah...sahabat yang baek i2 ada tetapi bukan kebanyakkan..

      Harap seorang sahabat dapat menerima kekurangan diriku ini Y_Y ...setiap manusia tidak sempurna tetapi ketidaksempurnaan seorang itu bukan untuk dilayan seperti tiada perasaan dan tiada maruah..Harap Allah S.W.T sentiasa melindungi dan sentiasa merahmati aku..Biarlah orang tidak suka didunia..Akhirat kelak kita rasa Kenikmatan yang kita cari..Insyallah.

     Terima kasih kepada sahabat yang sudi berkongsi di jauhan .walaupon korang sume jauh dimata aku..aku sentiasa akan mendoakan kebaikan korang..Walaupon jauh,korang sentiasa ambik berat..betul cakap korang mungkin aku sunyi. Tiada sahabat yang dekat untuk dikongsi. Aku akan cuba tabahkan ati n sabar menerima dugaan di Hati ini. Segala yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Wednesday, November 2, 2011

Sedih Bukan Penyelesaiannya...


Dunia ini penuh dengan cabaran dan pancaroba. Walau sepahit mana sekalipun, hidup perlu di teruskan selagi hayat di kandung badan.

Jika hari ini kita susah, usah merungut kerana ada yang kehidupannya kurang bernasib baik dari kita. Jangan kita memandang orang yang berada di atas, kelak kita sendiri yang akan binasa kerana terlalu menginginkan hidup yang mewah.

Tetapi pandang orang yang berada di bawah kita dengan penuh hikmah kerana ia akan menjadikan kita lebih bersyukur kerana kehidupan kita lebih baik dari orang lain.

Allah S.W.T berkuasa ke atas hamba-hambanya. Allah S.W.T maha bijaksana dalam mengatur yang terbaik untuk hamba-hambanya. Kita sebagai manusia jangan mudah berputus asa dalam memohon keampunan dan pertolongan dari-Nya.

Anggap musibah yang melanda sebagai ujian kerana Allah sedang menguji keimanan dan ketaqwaan hamba-hambanya.

Allah S.W.T berfirman :
"Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar". (Al- Baqarah : 155)

Hadapi musibah itu dengan hati yang tenang dan redha. Jangan kita mudah berputus asa dan bersedih setiap hari mengenangkan nasib. Musibah yang menimpa kita itu akan menjadikan kita kuat dan matang. Ujian yang Allah berikan juga akan mendidik kita untuk mendekatkan Diri kepada yang maha esa.

Mungkin salami ini kita lalai dalam mengingatinya. Dengan ujian yang melanda, akan membuatkan kita dekat kepada-Nya dengan berdoa dan kembali kepada jalan yang diredhai.
Berdoalah kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang mukmin.

Firman Allah S.W.T :
"Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya aku perkenankan doa kamu". (Al- Mukmin : 60)

Jangan terlalu bersedih atas musibah yang melanda kerana apabila Allah menguji hambanya, itu bermakna Allah sayang kepada hambanya. Kuatkan hati dan bangkit bangun dari kesedihan kerana dengan bersedih tidak dapat menyelasaikan masalah. Katakan lah pada diri "masih ada hari esok untuk aku".

Jadi, bangkit lah untuk menjadi lebih kuat dan terus kan hidup ini dengan membuat sesuatu yang terbaik.

Walau apa pun ujian yang melanda, ingatlah bahawa Allah S.W.T sentiasa bersama kita selagi kita ingat kepada-Nya. Kita tidak pernah keseorangan dalam kehidupan ini kerana Allah itu dekat dengan kita. Dekatkan lah diri kita kepada Allah dengan mendirikian solat dan berzikir. Cari teman untuk berkongsi masalah.

Ikhlaskan hati dan redha dalam menghadapi musibah itu akan menjadikan kita tenang. Renungkan kembali, mungkin musibah yang melanda adalah kifarah dosa kita yang lalu. TEKAD UNTUK TIDAK MENGULANGINYA.

Bersabar dalam menghadapi musibah, itu adalah yang terbaik. Jangan terburu-buru membuat sesuatu yang boleh memudaratkan diri sendiri. Isi masa yang terluang dengan perkara yang berfaedah seperti bersukan, membaca buku-buku motivasi, solat sunat dan bertadarus. Semua ini akan membuatkan kita lupa pada masalah yang sedang kita hadapi.

Jangan berputus asa dalam memohon rahmat dan keampunan Allah S.W.T. Jangan biarkan hidup hancur akibat tidak sabar, Keluarga akan hancur akibat emosi yang berpanjangan dan pekerjaan menjadi kacau akibat tidak pandai mengatur.

Mengapa Kita Tak Kaya - Kaya?


Artikel kali ini mungkin kata-kata yang biasa kita dengar dalam kehidupan seharian kita. Namun suka untuk saya kongsikan juga sebagai peringatan. Manusia itu kan mudah lupa, jadi harus diingatkan selalu. Mungkin sesetengah orang akan bertanya pada Allah "kenapa aku masih hidup miskin sedangkan aku bekerja kuat dan tak putus-putus berdoa".

Kenapa agaknya?

Kalau soalan "kenapa" tentu hanya Allah yang boleh menjawabnya. Tapi soalan saya "kenapa agaknya".

Dari segi logik akal kenapa Allah tidak memakbulkan doa kita untuk menjadi kaya?

Mungkin,

1. Allah tahu jika kita menjadi kaya kita akan menjadi sombong

2. Allah tahu jika kita menjadi kaya kita akan lupa berdoa kepadanya

3. Allah masih mahu menguji kita sejauh mana kita akan bersabar dengan ujian berada di dalam kemiskinan / kesederhanaan sama ada kita merungut, atau tidak

4. Belum masanya Allah mahu berikan kita kesenangan kepada kita dengan kemewahan

Terlalu banyak kemungkinan yang kadang-kala tidak terjangkau oleh pemikiran kita. Allah tahu sesuatu yang kita tidak ketahui.

Allah mahu kita sentiasa meminta dan merayu kepadaNya. Tetapi jangan pula kita meminta yang bukan-bukan. Jika sekadar meminta dan berdoa pun tanpa usaha jangan bermimpi Allah akan tunaikan hasrat kita. Allah akan memberi mengikut kemampuan kita. Tapi tidak mustahil juga Allah akan memberi sesuatu kepada hambaNya walaupun hambaNya kurang usaha dan itu dinamakan Istidraj. Itu juga adalah salah satu bentuk ujian.

Manusia kadang-kala nampak kekayaan itu hanya dari segi material sahaja. Kaya harta belum tentu bahagia. Kebahagiaan itu juga adalah satu kekayaan. Pernah tidak kita rasa "mudahnya urusan aku" , satu perkara selesai tanpa ada masalah yang serius. Mungkin doa kita dah dimakbulkan cuma dalam bentuk yang lain.

Allah tak berikan kita kekayaan tapi Allah permudahkan urusan kita. Apa guna banyak duit tapi banyak kesulitan dalam hidup? Apa guna gaji besar tapi hutang keliling pinggang. Pernahkah kita terasa duit yang ada pada kita sekejap sahaja habis dan kita tidak nampak apa yang kita beli? Mungkin ini juga ada kaitan dengan keberkatan. Ada orang gajinya kecil namun mampu membeli macam-macam. Simpanannya, juga sudah banyak berbanding kita yang gaji lebih besar tapi langsung tak ada simpanan. Fikir-fikirkan.

Allah menurunkan ujian kerana Allah mahu kita sentiasa ingat padaNya. Contohnya, ujian perasaan. Kadang-kala kita merintih kenapa Allah seksa jiwa dan perasaan kita kerana masih ingatkan kisah cinta yang mungkin dah berakhir 4 atau 5 tahun lepas sehingga kita tutupkan hati kita pada orang lain.

Sedangkan si dia dah bergembira bersama orang lain? Kenapa? Manusia sering bertanya kan. Persoalan-persoalan yang dicipta itu sangat bagus jika kita fikirkan sebab musababnya. Bukan merintih kenapa dan terus merintih. Kerana Allah mahu kita sentiasa dekat padaNya. Sentiasa menyebut namaNya. Percayalah suatu hari nanti pasti Allah akan gantikan perasaan itu kepada insan yang benar-benar layak untuk kita.

Kita juga kena ingat dan terapkan dalam diri kita, kekayaan itu satu ujian. Memang saya pun kalau boleh inginkan harta yang banyak, nak beli apa pun boleh tetapi kalau dengan menjadi kaya mampu membuatkan saya melupakan Allah, saya redha jika saya hanya berada di levelsederhana. Cukup makan dan pakai serta boleh membahagiakan keluarga.

Letakkan keyakinan dan kepercayaan pada Allah swt. Put your belive in Allah. InsyaAllah.